Wednesday, April 1, 2009

PEKIDA PUTRA JAYA

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk mengunjungi group ini. Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izinNya,group ini diwujudkan seperti yang dihasratkan oleh YM Penasihat Pekida PutraJaya YM Paduka Ayahanda Dato' Seri S. Jaafar Bin Shaari. Terima kasih juga kepada semua Ayahanda-ayahanda, Abang-abang Long,adik-beradik dan kenalan yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam proses penghasilan group ini. Tanpa anda semua, sudah tentu group ini sukar untuk berfungsi sepertimana yang dirancangkan.Tujuan utama group ini dibina adalah untuk menyediakan satu platform atau networking untuk seluruh Keluarga Dan Kenalan PEKIDA agar sesama kita dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran untuk memantapkan lagi imej Agama,Bangsa dan Tanah Air agar kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia ini khususnya dan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini amnya. Di samping itu, group ini juga bertujuan untuk menjadi wadah perhubungan ukhwah sesama ahli PEKIDA MALAYSIA. Ini adalah sangat penting demi menunjukkan bahawa PEKIDA sebagai sebuah organisasi terancang yang mampu untuk bersaing dalam kepesatan era globalisasi dan ICT dewasa ini.Hanya dengan penyatuan barulah mantap sesebuah organisasi berkenaan.Anda dipersilakan untuk menghantar sebarang artikel berilmiah dan gambar untuk dikongsi bersama. Walau bagaimanapun, mesej-mesej skim cepat kaya, surat berantai dan bahan-bahan lucah adalah tidak dibenarkan. P.S: Pengirim bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa bahan yang disiarkan.Pihak owner, peguam dan sidang moderator group ini tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa bahan yang menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia dan Antarabangsa.Menjadi ahli group bukan ahli automatik PEKIDA Malaysia.Semoga anda terus ceria selama berada di dalam group ini.
Related Link:
http://pekidaputrajaya-anakomar.blogspot.com/
Post message:
Pekida_Putrajaya@yahoogroups.com
Subscribe:
Pekida_Putrajaya-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe:
Pekida_Putrajaya-unsubscribe@yahoogroups.com
List owner:
Pekida_Putrajaya-owner@yahoogroups.com

2 comments:

  1. sipaq kah abanglong pekida cheras putrajaya zikli eh

    ReplyDelete
  2. saya shah dari simpang 3 putrajaya..lps sakit kwn2 hlg jadi sy oun snyp..tu oun x tau berdaftar ke tdk yg saya join..tahun 2008..

    ReplyDelete