Wednesday, April 1, 2009




PERTUBUHAN SENI SILAT SELENDANG MERAH












SILAT SELENDANG MERAH





PEKIDA PUTRA JAYA

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anda semua yang sudi meluangkan masa untuk mengunjungi group ini. Bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izinNya,group ini diwujudkan seperti yang dihasratkan oleh YM Penasihat Pekida PutraJaya YM Paduka Ayahanda Dato' Seri S. Jaafar Bin Shaari. Terima kasih juga kepada semua Ayahanda-ayahanda, Abang-abang Long,adik-beradik dan kenalan yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam proses penghasilan group ini. Tanpa anda semua, sudah tentu group ini sukar untuk berfungsi sepertimana yang dirancangkan.Tujuan utama group ini dibina adalah untuk menyediakan satu platform atau networking untuk seluruh Keluarga Dan Kenalan PEKIDA agar sesama kita dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran untuk memantapkan lagi imej Agama,Bangsa dan Tanah Air agar kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia ini khususnya dan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini amnya. Di samping itu, group ini juga bertujuan untuk menjadi wadah perhubungan ukhwah sesama ahli PEKIDA MALAYSIA. Ini adalah sangat penting demi menunjukkan bahawa PEKIDA sebagai sebuah organisasi terancang yang mampu untuk bersaing dalam kepesatan era globalisasi dan ICT dewasa ini.Hanya dengan penyatuan barulah mantap sesebuah organisasi berkenaan.Anda dipersilakan untuk menghantar sebarang artikel berilmiah dan gambar untuk dikongsi bersama. Walau bagaimanapun, mesej-mesej skim cepat kaya, surat berantai dan bahan-bahan lucah adalah tidak dibenarkan. P.S: Pengirim bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa-apa bahan yang disiarkan.Pihak owner, peguam dan sidang moderator group ini tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa bahan yang menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang Malaysia dan Antarabangsa.Menjadi ahli group bukan ahli automatik PEKIDA Malaysia.Semoga anda terus ceria selama berada di dalam group ini.
Related Link:
http://pekidaputrajaya-anakomar.blogspot.com/
Post message:
Pekida_Putrajaya@yahoogroups.com
Subscribe:
Pekida_Putrajaya-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe:
Pekida_Putrajaya-unsubscribe@yahoogroups.com
List owner:
Pekida_Putrajaya-owner@yahoogroups.com

Latar belakang

YM ALLAHYARHAMPADUKA AYAHANDA DATUK SENATORDR. HJ. MUHD FUAD BIN HJ AHMADPRESIDEN PEKIDA MALAYSIA

Latar Belakang PEKIDA Malaysia
Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun 2005, Ibu Pejabat PEKIDA Malaysia telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat berikut:
69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.
Pada tahun 1997, PEKIDA telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan pada tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Sehingga hari ini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.
Syarat - Syarat
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal Pekida Malaysia serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal ini.
Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Pekida Malaysia bagi akses dan/atau penggunaan portal ini.
Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Pekida Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
(1) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini; (2) kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;(3) akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;(4) kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau (5) perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.
Pautan
Pekida Malaysia boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Pekida Malaysia tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Pekida Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Pekida Malaysia tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.
Penamatan
Pekida Malaysia boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Pekida Malaysia boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa Pekida Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
Pekida Malaysia mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Pekida Malaysia mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Pekida Malaysia mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Pekida Malaysia tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
Umum
Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Syarat-syarat Standard. Sekiranya ada syarat yang tidak konsisten atau percanggahan di antara syarat-syarat ini dan Syarat Standard, syarat-syarat ini akan diterimapakai.
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.
Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.
"Jihad Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air Tercinta"
Pihak Pengurusan Portal PEKIDA MALAYSIA.



Alhamdulillah

Led Zeppelin Music Videos