Wednesday, April 1, 2009

YAYASAN PEKIDA MALAYSIA


Yayasan PEKIDA



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Yayasan PEKIDA Malaysia Berhad
Yayasan PEKIDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan oleh PEKIDA Malaysia sebagai salah satu langkah dalam usaha untuk membudayakan perniagaan dalam masyarakat Melayu. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai penaung PEKIDA Malaysia. Yayasan ini dapat dilihat sebagai sebuah platform atau tapak dalam meningkatkan minat dan kecenderungan bangsa Melayu terhadap bidang pelaburan dan perniagaan. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi imej PEKIDA dalam mengharungi dunia masa hadapan yang begitu mencabar. Segala usaha yang dijalankan adalah demi menaikkan kembali martabat agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Dengan ini dimaklumkan bahawa peluang untuk memberikan sumbangan kepada yayasan ini adalah terbuka kepada semua ahli-ahli PEKIDA dan juga orang ramai yang berminat. Dana yang dikumpulkan tidak lain tidak bukan adalah untuk mengembangkan lagi peranan PEKIDA dalam perjuangan memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia tanah air tercinta. InsyaAllah
ALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment